Sabtu, 21 Julai 2012

Luahan Hati Anak Murid mu

LUAHAN HATI ANAK MURIDMU Jangan pekikkan ke telingaku lagi! Kata-kata nista itu Ia buat hatiku terusik Ia membuat jasadku menjadi lemah Aku tahu kejahilanku
Akalku lemah untuk menerima Walau telah sedaya upaya aku mencuba Namun kecundang di penghujungnya Lalu Masih bersalahkah aku Masih layakkah aku dicemuh sebegitu Di hadapan rakan-rakanku Tolong cikgu! Kata-kata itu tidak layak untuk aku Untuk aku yang serba kekurangan ini Untuk aku yang bergelar anak muridmu Aku juga ingin sepintar mereka Yang pantas mengira apabila diminta Yang hebat dalam membina ayat Yang kuat ingatan dalam menghafal Aku tidak setanding mereka semua Tapi cikgu Aku kenal huruf A Aku kenal alif, ba dan ta Aku boleh membaca dua suku kata Aku anak muridmu cikgu Yang mungkin terpinggir dalam perjalanan Yang tersadung kaki semasa berlari Yang tergelincir ketika cuba mendaki Aku masih berpeluang untuk bangun Berlari seperti mereka Mendaki seperti mereka Dan suatu masa Aku ingin menjadi insan berguna
SETIAP hari kita memohon doa ke hadrat Allah SWT sama ada pada waktu malam ataupun siang. Namun doa yang kita baca, lafaz yang dipohon kepada-Nya itu adakah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan? Soalan ini perlu kita tanya pada diri sendiri dan perlu dijawab dengan penuh jujur dan keikhlasan. Ini kerana kita mesti meyakinkan Allah dengan keyakinan yang sekuat-kuatnya tanpa batasan. Keyakinan dengan penuh tulus dan keikhlasan tanpa kepentingan-kepentingan tertentu. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini di atas segala kekuasaan Allah SWT, Yang Maha Menguasai dan Maha Mengetahui. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (al-Ahzab: 22)

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Kelas : 3 Anggerik Masa : 9.00-10.00 Pagi Bil. Murid : 32 orang Aspek : Persepsi Estetik Item : 1.2.3 Warna Ton Kemahiran : 1.1 Menamakan alat perkusi 1.2 Memainkan alat perkusi mengiringi lagu yang telah dipelajari mengikut detik lagu. Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat : 1. Mengecam dan menamakan alat perkusi dengan betul. 2. Memainkan alat perkusi mengiringi lagu mengikut detik. Pengetahuan 1. Murid-murid sudah mengenali alat-alat perkusi. Sedia ada : 2. Murid-murid sudah belajar menyanyikan lagu Lenggang Kangkung. . KBKK : 1. Membanding Beza 2. Mengecam Penerapan Nilai : i) Berkerjasama ii) Mengikut peraturan iii) Berdisiplin Bahan Bantu Mengajar : i) Komputer ii)LCD iii) Kastanet, kerincing , tamborin iv) Kibod LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 minit) Menamakan alat perkusi 1.Guru meminta seorang murid datang ke hadapan kelas untuk mengeluarkan alat perkusi daripada kotak yang disediakan. 2.Murid lain diminta menamakan alatan yang ditunjukkan oleh rakan mereka. 3.Guru mengaitkan dengan isi pelajaran. KB: Hubung kait. BCB: Mengumpul Dan memproses. BBM: Alat perkusi LANGKAH 1 (15 minit) 1. Mengecam dan mengenal pasti bunyi alat perkusi. ( Warna Ton (SP) 1.Guru memainkan alat-alat perkusi mengikut detik lagu. 2.Guru meminta murid mengajuk bunyi alat-alat tersebut sambil menepuk detik. 3.Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan. Kump.1-Kastanet Kump.2- Tamborin Kump.3-Kerincing 4.Guru membimbing murid bermain alat perkusi mengikut skor perkusi dalam kumpulan masing-masing. 5. Murid bermain alat perkusi mengikut detik dengan bimbingan guru. BBM: Kastanet Tamborin Kerincing KBKK: Membanding beza Kontekstual : - Meneroka - Menemui Kecerdasan Pelbagai : -Muzikal -Kinestetik LANGKAH 2 (20 Minit) Menyanyikan lagu ‘Lenggang Kangkung’. Menyanyi sambil menepuk detik lagu. LENGGANG-LENGGANG KANGKUNG KANGKUNG TEPI TELAGA (2 KALI) BALIK DARI MENYABUNG MAKANLAH NASI SAHAJA (2 KALI) LENGGANG-LENGGANG KANGKUNG KANGKUNG TEPI TELAGA (2 KALI) JANGAN BERCAKAP BOHONG NANTI ORANG TIDAK SUKA (2 KALI) 1. Guru memaparkan slaid lirik lagu lenggang kangkung 2.Murid membaca lirik lagu. 3.Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘Lenggang Kangkung’ dengan iringan kibod. 4.Murid menyanyi lagu tersebut dengan iringan muzik. 5.Latihan menepuk detik lagu dengan bimbingan guru. BBM: Slaid lirik lagu ‘Lenggang Kangkung” Komputer Kibod LANGKAH 3 (15 minit) 1.Bermain alat-alat perkusi mengiringi lagu ‘Lenggang Kangkung’. 2.Gabungjalin . 1. Guru meminta semua murid bermain alat perkusi secara serentak mengiringi lagu ‘Lenggang Kangkung’. 2. Murid-murid bermain alat- alat tersebut secara serentak dengan bimbingan guru. 3. Guru memberi peneguhan positif kepada murid-murid yang bermain alat dengan betul. BBM: Kastanet Kerincing Tamborin Kibod PENUTUP (5 Minit) Rumusan isi pelajaran: 1.Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran. 2.Persembahan nyanyian dan permainan alat perkusi BBB: Alat Perkusi Kibod IMPAK

clock-desktop.com

Peranan Muzik Kepada Manusia


Muzik boleh menghilangkan perasaan yang tertekan, ketakutan, kekeliruan, kurangnya konsep kendiri dan sebagainya. Program Pendidikan Muzik yang baik boleh dikaitkan dengan pembelajaran kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dengan mencapai perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 : 60)
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Muzik banyak melibatkan pergerakan sensori motor, penggunaan persepsi visual (belajar melalui penglihatan) dan auditori (belajar melalui pendengaran). Setiap pergerakan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada irama dan melodi yang didengar dan dilihat setelah ditunjukkan oleh guru. Secara tidak langsung, ini mempengaruhi pembacaan murid untuk memahami setiap simbol huruf yang ada di dalam pembelajaran bahasa serta mempunyai kemahiran untuk mendengar arahan dan memberikan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan.
Kaedah muzik mempunyai tujuan dan faedah dalam meningkatkan pencapaian berbahasa bagi kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran seperti (Masrun 1990 : 90) : -
a.    Muzik merupakan teknik mengulangkaji atau pengukuhan satu-satu aspek isi pengajaran yang berkesan.
b.    Menjadi bahan rangsangan bagi memulakan pengajaran untuk menarik minat murid.
c.    Merupakan masa istirahat yang berfaedah, menghilangkan letih dan bosan.
d.    Keseronokan nyanyian atau muzik akan menghidupkan keinginan pelajar-pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran.
e.    Mengekalkan minat belajar, memberikan keseronokan dan menggerakkan murid mengambil bahagian dengan cergas.
Muzik terhasil apabila rangkaian bunyi yang diorganisasikan dengan betul. Muzik dicipta oleh manusia itu sendiri dan ia merupakan aktiviti manusia sama seperti bagaimana manusia mencipta bahasa, pakaian dan makanan. Dunia muzik amatlah luas dan meliputi segenap aspek yang kompleks. Ia bukan sahaja meliputi setiap muzik yang telah diciptakan manusia seperti nyanyian rakyat, simfoni, alatan muzik, vokal, elektronik, rock, balada dan sebagainya tetapi ia juga meliputi aktiviti seperti menyanyi, mendengar, menganalisis dan mencipta. Muzik terdiri dari notasi-notasi muzik mengikut nilainya. Muzik bukan hanya mengandungi komponen-komponen muzik seperti melodi dan irama yang ditetapkan, malah ianya juga boleh dikatkan dengan pelbagai kaedah samada bahasa, matematik dan sosial. Dengan kata lain, muzik adalah objek yang boleh digubah dan diubahsuai serta merupakan proses yang melibatkan tindakan menghasil dan menghasilkan semula muzik.
 Nyanyian adalah satu cara bukan lisan dalam mengetahui dan membolehkan  murid-murid menyatakan idea tanpa mengira keupayaan lisan mereka. Pada masa yang sama, nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan perbendaharaan kata dan pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara semulajadinya, nyanyian adalah multimodal, dimana ia merangsang mata, telinga dan otot yang seiring dengan minda. Kanak-kanak yang memunyai ketidakupayaan dalam satu sensori, masih dapat terlibat dalam muzik menggunakan deria-deria lain.
Di Malaysia khususnya, penghasilan muzik serta nyanyian secara umumnya adalah percubaan secara kolaboratif. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran nyanyian di sekolah-sekolah Malaysia, nyanyian pada kebiasaannya adalah dihasilkan dan dipelajari dalam kumpulan berbanding secaraindividu. Ini adalah lebih tepat untuk program muzik pra-sekolah dan sekolah rendah. Nyanyian sebagai satu seni yang kronologikal, dimana ia adalah dipelajari mengikut urutan serta mencabar minda untuk menfenalpasti bentuk dan merentasi masa, yang mana meruoakan satu kemahiran yang kerap diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak yang menghadapi masalah ingatan dan mengenalpasti bentuk.
Melalui pendekatan nyanyian juga didapati bahawa murid mempunyai ingatan yang lebih baik terhadap bunyi sebutan suku kata, di mana murid dapat menyebut dengan tepat sesetengah suku kata.  Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa berkenaan. Jordan Rita (1999) pula menyatakan bahawa kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah  pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga.
(Chris dan Charles, 2001) juga memberikan panduan pengalaman muzikal murid-murid bermasalah pembelajaran. Panduan-panduan ini termasuklah penggunaan unsur nyanyian seperti renj, vocal, melodi, harmoni, irama, makna perkataan dan pergerakan.
Renj vokal murid-murid adalah terhad, biasanya dalam satu oktaf dan pada renj yang rendah, iaitu daripada not c ke c’. Guru perlulah bina keyakinan murid pada renj yang rendah, dan diikuti dengan memperkembangkan renj yang lebih tinggi.
Daripada segi melodi, guru perlu pilih lagu yang mempunyai jarak interval yang kecil dan elakkan daripada not yang melompat tinggi kerana renj vocal kanak-kanak secara umumnya adalah rendah. Irama yang digunakan perlulah terdiri daripada corak irama yang mudah untuk diikuti dan tidak terlalu kompleks agar ianya senang dipelajari.
Dalam penerapan unsur harmoni, perlu dihadkan penggunaan kord pada keyboard, Omnichord atau gitar. Lagu nyanyian akan menjadi lebih mudah semasa dipelajari.Dalam memberikan pengalaman muzikal kepada murid-murid bermasalah pembelajaran, makna perkataan dalam nyanyian perlu diberi perhatian. Pilih lagu yang sesuai dengan tahap intelektual umur daripada umur kronologikal murid.

Tamborin

Peralatan muzik perkusi yang sesuai dan mudah digunakan dalam pengajaran dan Muzik Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran peringkat rendah.