Cari Blog Ini
Sabtu, 21 Julai 2012
Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : 3 Anggerik
Masa : 9.00-10.00 Pagi
Bil. Murid : 32 orang
Aspek : Persepsi Estetik
Item : 1.2.3 Warna Ton
Kemahiran : 1.1 Menamakan alat perkusi
1.2 Memainkan alat perkusi mengiringi lagu yang telah dipelajari mengikut detik lagu.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1. Mengecam dan menamakan alat perkusi dengan betul.
2. Memainkan alat perkusi mengiringi lagu mengikut detik.
Pengetahuan 1. Murid-murid sudah mengenali alat-alat perkusi.
Sedia ada : 2. Murid-murid sudah belajar menyanyikan lagu Lenggang
Kangkung.
. KBKK : 1. Membanding Beza
2. Mengecam
Penerapan Nilai : i) Berkerjasama
ii) Mengikut peraturan iii) Berdisiplin
Bahan Bantu Mengajar : i) Komputer
ii)LCD
iii) Kastanet, kerincing , tamborin
iv) Kibod
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
SET INDUKSI
(5 minit)
Menamakan alat perkusi
1.Guru meminta seorang murid datang ke hadapan kelas untuk mengeluarkan alat perkusi daripada kotak yang disediakan.
2.Murid lain diminta menamakan alatan yang ditunjukkan oleh rakan mereka.
3.Guru mengaitkan dengan isi pelajaran.
KB:
Hubung kait.
BCB:
Mengumpul
Dan
memproses.
BBM:
Alat perkusi
LANGKAH 1
(15 minit)
1. Mengecam dan mengenal pasti bunyi alat perkusi. ( Warna Ton
(SP)
1.Guru memainkan alat-alat perkusi mengikut detik lagu.
2.Guru meminta murid mengajuk bunyi alat-alat tersebut sambil menepuk detik.
3.Guru membahagikan
murid kepada 3 kumpulan.
Kump.1-Kastanet
Kump.2- Tamborin Kump.3-Kerincing
4.Guru membimbing murid bermain alat perkusi mengikut skor perkusi dalam kumpulan masing-masing.
5. Murid bermain alat perkusi mengikut detik dengan bimbingan guru.
BBM: Kastanet
Tamborin
Kerincing
KBKK: Membanding beza
Kontekstual :
- Meneroka
- Menemui
Kecerdasan
Pelbagai :
-Muzikal
-Kinestetik
LANGKAH 2
(20 Minit)
Menyanyikan lagu ‘Lenggang Kangkung’.
Menyanyi sambil
menepuk detik lagu.
LENGGANG-LENGGANG KANGKUNG
KANGKUNG TEPI TELAGA (2 KALI)
BALIK DARI MENYABUNG MAKANLAH NASI SAHAJA (2 KALI)
LENGGANG-LENGGANG KANGKUNG
KANGKUNG TEPI TELAGA (2 KALI)
JANGAN BERCAKAP BOHONG
NANTI ORANG TIDAK SUKA (2 KALI)
1. Guru memaparkan slaid lirik lagu lenggang kangkung
2.Murid membaca lirik lagu.
3.Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘Lenggang Kangkung’ dengan iringan kibod.
4.Murid menyanyi lagu tersebut dengan iringan muzik.
5.Latihan menepuk detik lagu dengan bimbingan guru.
BBM:
Slaid lirik lagu
‘Lenggang Kangkung”
Komputer
Kibod
LANGKAH 3
(15 minit)
1.Bermain alat-alat perkusi mengiringi lagu ‘Lenggang Kangkung’.
2.Gabungjalin
.
1. Guru meminta semua murid bermain alat perkusi secara serentak mengiringi lagu ‘Lenggang Kangkung’.
2. Murid-murid bermain alat- alat tersebut secara serentak dengan bimbingan guru.
3. Guru memberi
peneguhan positif kepada murid-murid yang bermain alat dengan betul.
BBM:
Kastanet
Kerincing
Tamborin
Kibod
PENUTUP
(5 Minit)
Rumusan isi pelajaran:
1.Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran.
2.Persembahan nyanyian dan permainan alat perkusi
BBB:
Alat Perkusi
Kibod
IMPAK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan