Muzik boleh
menghilangkan perasaan yang tertekan, ketakutan, kekeliruan, kurangnya konsep
kendiri dan sebagainya. Program Pendidikan Muzik yang baik boleh dikaitkan
dengan pembelajaran kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran de
ngan mencapai perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 : 60)
ngan mencapai perkara yang terkandung dalam setiap pembelajaran. Perkara-perkara tersebut adalah kemahiran mengetahui, kemahiran berfikir, kemahiran melaksana dan kemahiran untuk mencipta. Ini akan menjadikan seseorang yang mempunyai semua kemahiran ini lebih kreatif, inovatif, berpengetahuan dan intelektual. (Rozaimah Mohamed : 1997 : 60)
Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dalam Pendidikan Muzik banyak melibatkan pergerakan sensori
motor, penggunaan persepsi visual (belajar melalui penglihatan) dan auditori
(belajar melalui pendengaran). Setiap pergerakan yang dilakukan adalah
berdasarkan kepada irama dan melodi yang didengar dan dilihat setelah
ditunjukkan oleh guru. Secara tidak langsung, ini mempengaruhi pembacaan murid
untuk memahami setiap simbol huruf yang ada di dalam pembelajaran bahasa serta
mempunyai kemahiran untuk mendengar arahan dan memberikan perhatian terhadap
pengajaran yang dijalankan.
Kaedah muzik mempunyai tujuan dan
faedah dalam meningkatkan pencapaian berbahasa bagi kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran seperti (Masrun 1990 : 90) : -
a. Muzik merupakan teknik mengulangkaji atau
pengukuhan satu-satu aspek isi pengajaran yang berkesan.
b. Menjadi bahan rangsangan bagi memulakan
pengajaran untuk menarik minat murid.
c. Merupakan masa istirahat yang berfaedah,
menghilangkan letih dan bosan.
d. Keseronokan nyanyian atau muzik akan
menghidupkan keinginan pelajar-pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan
mengeluarkan buah fikiran.
e. Mengekalkan minat belajar, memberikan
keseronokan dan menggerakkan murid mengambil bahagian dengan cergas.
Muzik terhasil
apabila rangkaian bunyi yang diorganisasikan dengan betul. Muzik dicipta oleh
manusia itu sendiri dan ia merupakan aktiviti manusia sama seperti bagaimana
manusia mencipta bahasa, pakaian dan makanan. Dunia muzik amatlah luas dan
meliputi segenap aspek yang kompleks. Ia bukan sahaja meliputi setiap muzik
yang telah diciptakan manusia seperti nyanyian rakyat, simfoni, alatan muzik,
vokal, elektronik, rock, balada dan sebagainya tetapi ia juga meliputi aktiviti
seperti menyanyi, mendengar, menganalisis dan mencipta. Muzik terdiri dari
notasi-notasi muzik mengikut nilainya. Muzik bukan hanya mengandungi
komponen-komponen muzik seperti melodi dan irama yang ditetapkan, malah ianya
juga boleh dikatkan dengan pelbagai kaedah samada bahasa, matematik dan sosial.
Dengan kata lain, muzik adalah objek yang boleh digubah dan diubahsuai serta
merupakan proses yang melibatkan tindakan menghasil dan menghasilkan semula
muzik.
Nyanyian adalah satu cara bukan lisan dalam
mengetahui dan membolehkan murid-murid
menyatakan idea tanpa mengira keupayaan lisan mereka. Pada masa yang sama,
nyanyian dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan perbendaharaan kata dan
pemahaman bahasa. Ini adalah kerana secara semulajadinya, nyanyian adalah
multimodal, dimana ia merangsang mata, telinga dan otot yang seiring dengan
minda. Kanak-kanak yang memunyai ketidakupayaan dalam satu sensori, masih dapat
terlibat dalam muzik menggunakan deria-deria lain.
Di Malaysia
khususnya, penghasilan muzik serta nyanyian secara umumnya adalah percubaan
secara kolaboratif. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran nyanyian di
sekolah-sekolah Malaysia, nyanyian pada kebiasaannya adalah dihasilkan dan
dipelajari dalam kumpulan berbanding secaraindividu. Ini adalah lebih tepat
untuk program muzik pra-sekolah dan sekolah rendah. Nyanyian sebagai satu seni
yang kronologikal, dimana ia adalah dipelajari mengikut urutan serta mencabar
minda untuk menfenalpasti bentuk dan merentasi masa, yang mana meruoakan satu
kemahiran yang kerap diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak yang menghadapi
masalah ingatan dan mengenalpasti bentuk.
Melalui
pendekatan nyanyian juga didapati bahawa murid mempunyai ingatan yang lebih
baik terhadap bunyi sebutan suku kata, di mana murid dapat menyebut dengan
tepat sesetengah suku kata. Dalam
mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar menghalang
seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari.
Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak
pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa berkenaan. Jordan
Rita (1999) pula menyatakan bahawa kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan
untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran
mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan
konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga.
(Chris dan
Charles, 2001) juga memberikan panduan pengalaman muzikal murid-murid
bermasalah pembelajaran. Panduan-panduan ini termasuklah penggunaan unsur
nyanyian seperti renj, vocal, melodi, harmoni, irama, makna perkataan dan
pergerakan.
Renj vokal
murid-murid adalah terhad, biasanya dalam satu oktaf dan pada renj yang rendah,
iaitu daripada not c ke c’. Guru perlulah bina keyakinan murid pada renj yang
rendah, dan diikuti dengan memperkembangkan renj yang lebih tinggi.
Daripada segi
melodi, guru perlu pilih lagu yang mempunyai jarak interval yang kecil dan
elakkan daripada not yang melompat tinggi kerana renj vocal kanak-kanak secara
umumnya adalah rendah. Irama yang digunakan perlulah terdiri daripada corak
irama yang mudah untuk diikuti dan tidak terlalu kompleks agar ianya senang
dipelajari.
Dalam penerapan
unsur harmoni, perlu dihadkan penggunaan kord pada keyboard, Omnichord atau
gitar. Lagu nyanyian akan menjadi lebih mudah semasa dipelajari.Dalam
memberikan pengalaman muzikal kepada murid-murid bermasalah pembelajaran, makna
perkataan dalam nyanyian perlu diberi perhatian. Pilih lagu yang sesuai dengan
tahap intelektual umur daripada umur kronologikal murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan