Sabtu, 21 Julai 2012

Rancangan Pengajaran Muzik Tahun 1


Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun 1
Masa 2 x 30 minit
Aspek Pengalaman Muzikal
Item 2.1 Pengetahuan Teknik
2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi
• Memegang dan mengendalikan
• Memainkan
Hasil
Pembelajaran
1. Memegang kastanet dengan betul.
2. Memainkan kastanet mengikut teknik yang betul.
Pengetahuan
Sedia Ada
1. Murid pernah menyanyi lagu ‘Telefonku’.
2. Murid pernah menepuk detik mengikut ikon.
Aktiviti 1. Permainan jigsaw telefon dan kastanet.
2. Mengulangkaji lagu ‘Telefonku’ dengan iringan muzik
sambil menepuk detik.
3. Memperkenal kastanet. Murid diberi peluang merasai
bentuk fizikal kastanet dan memainkan secara bebas
dengan iringan muzik.
4. Dengan bimbingan guru, murid memegang dan memainkan
kastanet dengan teknik yang betul.
5. Murid memainkan detik pertama dan ketiga berdasarkan
lagu ‘Telefonku’.
6. Latihan memainkan detik menggunakan kastanet.
Contoh aktiviti kumpulan:
Kumpulan 1
memainkan kastanet mengikut detik pertama dan ketiga dalam
lagu ‘Telefonku’.
Kumpulan 2
menyanyikan lagu.
(Kumpulan 1 dan 2 bertukar-tukar aktiviti).
Elemen Strategi Kontekstual
• Mengaplikasikan
Bahan Keratan gambar telefon, rakaman lagu ‘Telefon Ku’, kastanet dan
beberapa alat perkusi ringan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan